FINE ART

FINE ART

Tuesday 4 December 2012

LUKISAN


         Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
            Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. dalam lukisan seseorang itu boleh menggunakan teknik coreng/conteng, garisan kontur, titik, pangkah silang, dan garisan selari.
            Dalam lukisan tema dan atau subjek amat dititik beratkan. Lukisan figura adalah berkaitan dengan imej yang dikaitkan dengan manusia atau haiwan. lukisan alam benda pula dikaitkan dengan objek kaku atau tidak bernyawa manakala lukisan lanskap adalah berkaitan pemandangan di luar studio atau di dalam studio

         Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:   

Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
Kesan cahaya pada imej
Pembentukan bayang-bayang
Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
Teknik mengukur objek mengikut kadar banding 


Pelukis: Josper Branker Anak Iching
Saiz : Kertas  A2
Medium : arang dan pensel


Pelukis: Josper Branker Anak Iching
Saiz : Kertas  A2
Medium : arang, pensel dan pensel warna


Pelukis: Josper Branker Anak Iching
Saiz : Kertas  A2
Medium : arang

Pelukis: Junaidi Bin Darwis
Saiz : Kertas  A3
Medium : arang

Pelukis:Junaidi Bin Darwis
Saiz : Kertas  A3
Medium : pensel

Pelukis:Junaidi Bin Darwis
Saiz : Kertas  A3
Medium : pensel warna


1 comment:

  1. terbaik,.menggalakkan lagi student untuk berkarya,..

    ReplyDelete