FINE ART

FINE ART

Tuesday 4 December 2012

CATAN

           Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. 
catan adalah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahanuntuk menghasilkan gambar.Bahan-bahan pewarna seperti cat poster,cat air,cat minyak,cattempera,cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan.Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas,kain atau kanvas Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dancara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul.

ALIRAN GAYA CATAN
  • Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar.
  • Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan.
  • Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan.
  • Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic.
  • Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan ilusi 3 dimensi.
  • Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan.
  • Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial.
  • Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej gerak pada penglihatan.



Pengkarya : Amy Aswanty Binti Ismail
Saiz : 420mm x 594mm
Medium : Cat minyat atas kanvas

Pengkarya : Zulaikha Binti Muhammad Nazri
Saiz : 420mm x 594mm
Medium : Cat minyat atas kanvas

 Pengkarya : Maznah Binti Ismail
Saiz : 420mm x 594mm
Medium : Cat minyat atas kanvas

Pengkarya: Maznah Binti Ismail
Saiz : 420mm x 594mm
Medium : Cat minyat atas kanvas

Pengkarya : Veronica Anak Rubi
Saiz : 420mm x 594mm
Medium : Cat minyat atas kanvas

Pengkarya : Josper Branker Anak Iching
Saiz : 3 kaki x 3 kaki
Medium : Cat minyat atas kanvas

Pengkarya : Josper Branker Anak Iching
Saiz: 3 kaki x 3 kaki

3 comments: